Thursday 12 December 2013

BAB 1

Kring!! Loceng jam bumble bee milik Mira berbunyi. Bingit kedengaran 

menyebabkan tangan Mira pantas meraba-raba untuk mencari di mana jam 

kesayangannya itu. Jam bumble bee merupakan hadiah sewaktu hari 

kelahirannya yang ke-16 tahun oleh abah. Pantas Mira mematikan jam itu lalu 

menyambung misi yang tergendala. Misi paling penting pada hujung minggu 

ini. Tidur!. Mia menarik selimutnya sehingga menutupi seluruh tubuhnya lalu 

kembali melayan mimpi seolah- olah tidak ada apa yang berlaku. Suasana 

tinggal di asrama memang begitu. Tidak kira pelajar lelaki mahupun 

perempuan, kedua-duanya tidak ada bezanya. Tidur adalah hobi utama 

walaupun pada waktu senggang di antara dua subjek. Hmm apa la nak jadi 

dengan anak-anak remaja zaman sekarang. Mira pernah menyoalkannya di 

dalam diri. Namun, dia tidak mampu berbuat apa kerana kehidupan di asrama 

sangat memenatkan. Tidak ada orang gaji yang menguruskannya. Ah! 

macamlah di rumah ada orang gaji. Hehe. Tiba-tiba Mira terasa badannya 

disentuh lembut. "Mira, bangunla awak. dah hampir pukul 12 tengah hari ni. 

Anak dara tak manislah tidur sampai ke petang" Dania menegur sopan sikap 

kawannya yang tidak pernah makan saman itu. Hmm ikutkan hati Mira, mahu 

 saja dia berdendang sayang di atas katil sampai ke petang. Mira 

mendiamkan diri. Terasa berat untuk bangun. Badan terasa lemah.

"MIRAE!! awak dengar tak saya cakap ni?? ke awak dah rosak pendengaran tu 

sebab hari-hari berkepit dengan 'earfone'?? nama dah cantik, macam orang 

Jepun, orangnye pon meletop, tapi perangai..... aish! bangunlaa! '' Dania 

meninggikan suara. Bengang dengan sikap kawan baiknya yang seorang ini. 

Mana tidaknya, kalau sekali dua tidak mengapalah, ini setiap hari Dania perlu 

kejutkan Mira. Macam pembantu peribadi pula. ''Yela-yela... makcik Dania, 

saya bangunla kejap lagi.... can you give another 5 minute?'' Mira memujuk 

lembut."Tengok tu! ada niat lagi nak sambung tidur. Cik Mirae, this time, no 

excuse anymore! come on la beb... warden datang check bilik lagi 10 minit 

tau! kau dahla tak mandi lagi." Dania berkeras. "WHAT! OMG! 10 minit?

alamak! macam mana ni Dania.. aku tak ke...." Mira mematikan kata-katanya 

sejurus terpandang lokernya yang kemas itu. Terus Mira memandang Dania 

dengan mata yang terbeliak. Dania tersenyum bangga sambil mencekak 

pinggang. "Dania!! terima kasih banyak-banyak!! sayang kau!! " Mira memeluk 

Dania. "Euwww!! kau ni agak-agakla nak berterima kasih pon.. busukla. pergi 

mandi!!" Dania menolak lembut sambil ketawa.  Mira tersenyum malu sambil 

menggaru kepala yang tidak gatal. Tuala dicapainya lalu bergegas ke bilik air.

XXXX



"Mira, Ikmal panggil kau lah." Dania mencuit Mira lalu melirikkan pandangan 

ke arah Ikmal , senior mereka, pengerusi silat di sekolahnya. 'Alaaa mamat ni nak apa pula 

pada waktu begini' Mira merungut lalu melangkah lesu ke arah Ikmal. Ikmal 

tersengih memandang Mira. "Mira, cikgu Aini suruh saya pesan dekat awak 

untuk kutip yuran silat pada bulan ni. Erk.. awak dah kutip belum??"

Mira membuat muka kosong ke arah Ikmal. Dia sebenarnya kurang gemar 

apabila perlu berurusan dengan pelajar lelaki. Kalau boleh, mahu saja dia 

bersekolah di sekolah perempuan. Tidak perlu berurusan dengan pelajar lelaki. 

Mira sangat benci dengan budak lelaki. Bagi Mira, budak lelaki tidak 

habis-habis cari masalah dengan pelajar perempuan. Ada saja yang ingin 

ditengkarkan. Itu salah, ini salah. Menjengkelkan! Mira terlupa Ikmal masih 

menunggu jawapan darinya. "Erk.. saya masih mengutip yurannya. Nanti saya 

sendiri berikan kepada cikgu Aini." Terasa malas untuk menjawab panjang. 

"Kalau begitu, baiklah. Jangan lupanya petang ni kita ada latihan. Jangan tak 

turun pula" Ikmal membalas. "Yela". Sepatah Mira menjawab lalu melangkah 

ke tempat duduknya. Ikmal masih berdiri di situ memandang Mira. Entah 

apala yang difikirkannya.



Teringat pula sewaktu sekolah rendah. Ketika itu Mira sudah melangkah 

masuk darjah 6. Pada waktu itu Mira terkenal dengan kehandalan pasukan 

bola baling yang disertainya di sekolah. Sememangnya tidak dinafikan, waktu 

itu prestasi pasukan bola baling di sekolahnya melonjak naik. Mungkin kerana 

komunikasi antara sahabat yang sangat mantap itu yang membuahkan hasil. 

Pada suatu hari, Mira dan kawan-kawannya terpaksa meninggalkan kelas pagi 

kerana ada latihan bola baling. Malangnya, pasukan dia diarahkan agar 

berlatih dengan pasukan lelaki. Mira dengan berat hati, mengikut sahaja 

arahan tersebut. Separuh masa pertama telah pun tamat. Mira bengang 

kerana pelajar lelaki tidak sekali pun memberi peluang kepada pasukannya 

untuk menjaringkan gol. Sudahla mereka itu perempuan. Mana mampu 

 menandingi pelajar lelaki yang jauh lebih hebat dan cekap. Tambahan pula 

Asyraf mencabar dirinya. Macamla dia tidak perasan akan senyum sinis yang 

Asyraf lontarkan padanya. Separuh masa kedua pon bermula sementara Mira d

alam diam menanam tekad. Bola baling itu disambutnya erat setelah dilontar 

oleh Liyana. Tambah berlengah, laju bola itu dibaling tepat ke muka Asyraf. 

Jatuh terbaring Asyraf di tepi padang. Mujurlah ustaz tengah ada urusan.Mira 

tidak berfikir panjang, terus saja dia menuju ke arah Asyraf dan melepaskan 

tendangan paling padu ke perut Asyraf. Liyana selaku ketua pasukan menahan

Mira yang hampir melepaskan tendangan kesepuluh terhadap Asyraf. 

Tergamam semua pelajar yang ada disitu. Tidak kira lelaki atau perempuan. 

Semua tidak berani bersuara apabila ustaz yang menyedari sesuatu yang tidak 

kena di padang meminta penjelasan. Mujurlah Liyana bijak mengawal situasi. 

Dia memberi alasan bahawa Asyraf sakit perut. 

Hmmm 'Astaghfirullah' Mira beristighfar apabila teringatkan sikapnya yang 

tidak menyerupai perempuan itu. Mujurlah ibubapanya memasukkan dia ke 

sekolah menengah kebangsaan agama ketika tingkatan satu sehingga 

sekarang. Barulah nampak sedikit ciri keperempuanan pada dirinya. Jika tidak, 

entah apa yang akan terjadi padanya. Dania memetik jari di hadapan muka 

Mira. "Eh! kau dah kenapa asyik mengelamun je dari tadi".
 


"Erk... tak ada ape-ape. Hehe" Mira tersedar dari lamunannya. Mira 

mengalihkan pandangan ke luar  kelas. Matanya tepat jatuh ke arah Amran 

yang memandangnya. 'Eh! mamat ni takkanla dari tadi pandang aku? dia tak 

nak pulang ke kelasnya kah? Ah! dah buang tebiat agaknya' Mira merungut 

sendirian.  

XXXX


 'Hah.. tahun ini aku akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah. Macam 

mana ni?? Sudahla pencapaian akademik aku langsung tidak mencapai tahap. 

Hmmm.. cikgu-cikgu juga asyik berkata tentang aku yang masih aktif dalam 

kokurikulum .' Mira mengeluh sendirian di pondok itu. Tiba- tiba Mira terasa 

seperti seseorang menghampirinya. "Woi Mira! Cikgu Din dah datang tu. Jom 

buka adat. Latihan silat dah nak mula ni" Hisyam menegurnya. Mira 

melemparkan senyuman dan menyusur dibelakang tanpa berkata apa-apa. 

Latihan dimulakan. Seperti biasa, Mira lah orang yang paling bersemangat 

 kerana dia terlalu meminati seni mempertahankan diri itu. Bukan senang

 Mira mahu pujuk ayahnya untuk membenarkan dia menyertai aktiviti itu.

"Assalammualaikum Cikgu Din, Cikgu Ina." Mira menyapa kedua-dua guru 

kesayangannya itu.  Gurunya tersyum memandang Mira lalu menjawab salam. 

Latihan diteruskan. "Saya hendak maklumkan kepada kamu semua bahawa 

pada tahun ini, kita akan menghantar wakil bagi pertandingan silat seni solo 

kategori lelaki dan perempuan, juga pertandingan silat seni tempur yang 

diwakilkan oleh lelaki dan perampuan. Saya telah memilih beberapa orang 

untuk menyertai pertandingan ini. Berdasarkan pemerhatian saya, saya yakin, 

nama yang saya pilih ini mampu meraih johan dalam pertandingan yang akan 

diadakan pada tahun ini." Cikgu Din memulakan kata-katanya dengan penuh 

semangat dan ketegasan yang melambangkan sifat pahlawan yang wujud 

dalam diri guru silat pusaka gayong itu. "

"Mirae, saya telah memilih kamu untuk mewakili pertandingan silat seni solo 

dan silat seni tempur. Dalam silat seni tempur, saya akan bergukan kamu 

dengan Farah Azmina. Jadi, saya harap kamu mampu membimbing Farah agar 

sama-sama lincah seperti pergerakan kamu." Tergamam Mira apabila 

mendengar namanya disebut oleh Cikgu Din untuk menyertai kedua-dua acara 

tersebut. Jantungnya terasa berdegup kencang memandangkan dia merasa diri 

itu bukanlah mahir sangat pon dalam ilmu pertahankan diri ini. "Manakala, 

bagi lelaki, saya mahu Ikmal dan Hisyam menyertai acara silat seni tempur, 

manakala Najmi menyertai silat seni solo. Faham?" Cikgu Din berbicara lagi. 

Kemudian terdengar suara yang menjawab tanda faham. Mira sahaja yang 

mendiamkan diri. Ada sesuatu yang merunsingkan fikirannya.

XXXX

"Kak Mira, kenapa masa latihan tadi akak macam ada masalah je?" Farah 

Azmina, junior Mirae menyapanya ketika pulang dari latihan. Mira mengeluh 

perlahan.

"Hmm akak nak sangat-sangat masuk pertandingan tu. Tapi, Farah tahu kan.. 

akak nak PMR tahun ni.. sudahlah akak sejak kebelakangan ini sibuk dengan 

tugasan sebagai naib pengerusi silat dan kesenian islam. Semua benda akak 

kena uruskan. Tangungjawab sebagai pengawas lagi. Sekarang ini akak 

ditugaskan ke bahagian disiplin sekolah. Penatla.." Mirae merungut. Farah 

tersenyum nipis lalu memeluk bahu akak yang dia hormati itu. "Alaaa.. sikit je 

tu akak. Akak tahu tak.. akak takkan diberi tangungjawab tu kalau orang 

sekeliling tak percaya akak boleh buat semua tu tau. Farah tahu akak boleh. 

Cube akak susun waktu untuk belajar dengan untuk uruskan aktiviti harian tu 

balik. Inshaallah semuanya akan berjalan dengan lancar" Farah meyakinkan 

Mirae. Farah sangat menghoramati Mirae. Baginya, Mirae seorang yang sangat 

berdedikasi, bertangungjawab dan menghormati orang disekelilingnya. Bukan 

seperti akak-akak senior yang lain, kebanyakannya berkelakuaan negatif dan 

menjengkelkan. Mirae tersenyum lalu membalas pelukan Farah. "Yela-yela.. 

terima kaseh ye Farah, Inshallah akak usaha yang terbaik. Lagipun, rugi pula 

kalau tak masuk." Mirae kembali tersenyum.